Tuesday, May 18, 2010

5 sebab Anda tidak perlu MEDICAL CARD

Anda TIDAK memerlukan Kad Perubatan Jika anda mempunyai 5 Perkara berikut

1. Anda seorang JUTAWAN. Mempunyai harta di dalam dan di luar negeri (5 Keturunan Pun Tak Habis Makan)

2. Anda mempunyai WANG TUNAI sekurang-kurangnya RM 150,000 SEKARANG (bukan 30 Tahun lagi)

3. Anda rasa anda TAK AKAN SAKIT langsung (kebal dari serangan penyakit). Ada ilmu kebal penyakit ataupun ada bau-bau bacang dengan Superman.

4. Anda TIDAK memerlukan rawatan yang CEPAT, SEGERA dan BERKUALITI. Di mana anda boleh menunggu sehingga setahun atau dua tahun untuk rawatan anda.

5. Anda tidak kisah tentang ANAK-ANAK anda dan KELUARGA anda jika berlaku sesuatu kepada anda.

Kelebihan PRU bsn TAKAFUL

Syarikat Prudential BSN Takaful menggunakan konsep Investment-Link dalam memberi perlindungan yang menyeluruh kepada pesertanya. Setiap sumbangan peserta akan dibahagikan kepada 3 dana iaitu dana derma, dana simpanan dan dana pelaburan. Prudential BSN Takaful akan memotong peratus sumbangan mengikut tahun. Pada tahun-tahun awal, sumbangan banyak diperuntukan untuk dana perlindungan sehingga tahun ke 7, semua sumbangan setelah di tolak charges tertentu akan dimasukkan ke dana simpanan. Ini bermakna dana simpanan peserta akan bertambah untuk tabungan persaraan mereka.

Masalah utama peserta insuran atau Takaful ialah untuk terus menyambung sumbangan sehingga matang akibat masalah luar jangka seperti diberhentikan kerja dan sebagainya, Berbeza dengan konsep insuran / takaful lain, Prudential BSN Takaful yang menggunakan konsep `investment link’, mewujudkan dana pelaburan yang akan membantu peserta yang mengalami masalah tersebut. Melalui dana pelaburan, peserta boleh mengeluarkan wang tersebut bila-bila masa tertakluk kepada baki simpanan yang mencukupi dan minima pengeluaran ialah RM500. Peserta boleh pada bila-bila masa menambah sumbangan di dalam dana pelaburan sama ada secara berkala atau sekali gus. Wang di dalam dana pelaburan akan digunakan untuk membeli unit-unit pelaburan. Nilai unit ini akan berubah mengikut pasaran semasa.

Bermaksud peserta boleh menikmati wang pelaburan mereka tanpa perlu menamatkan polisi takaful mereka yang mengundang risiko yang lebih besar. Dengan kata lain perlindungan yang disediakan oleh Prudential BSN Takaful bukan hanya untuk dinikmati apabila mati (waris) atau selepas sakit atau selepas matang.

Asas perlindungan melalui Prudential BSN Takaful ialah Takafulink yang memberi perlindungan bagi kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal berserta dana pelaburan. Para peserta amat digalakkan menambah manfaat dengan membeli plan tambahan(rider) untuk memaksimumkan perlindungan antaranya ialah:

· Compassionate Benefit
· Accidental Death and Disablement
· Accidental Medical Reimbursement
· Weekly Indemnity
· Medical Cover
· Hospital Benefit
· Disability Provider
· Crisis Cover Plus
· Crisis Cover Income
· Takaful Puteri dan Puteri Plus (bagi penyakit berkaitan wanita)
· Takaful Health bagi perbelanjaan Hospital

Sebagai contoh, jika peserta membeli Takafulink dan menambah rider Takaful Health, Contributor dan Takaful Saver Contributor, peserta telah dilindungi seperti berikut:

1. Jika berlaku kematian, waris peserta mendapat wang pampasan kematian yang dijanjikan beserta wang simpanan dan wang dana pelaburan.
2. Jika peserta disahkan mengidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, peserta akan dibayar pampasan sekali gus wang Crisis Shield yang dijanjikan. Peserta seterusnya tidak perlu lagi membayar caruman, sebaliknya Syarikat Takaful akan membayar setiap bulan bagi perlindunganTakaful Health dan juga terus membayar simpanan pelaburan anda. Prudential BSN Takaful menjanjikan anda bahawa Plan Takaful Health anda akan disambung setiap tahun walaupun anda sedang menjalani rawatan penyakit kritikan dan kerap membuat tuntutan bayaran bil hospital. Jika peserta memerlukan wang tunai tambahan, mereka boleh mengeluarkan wang dana pelaburan yang masih secara berterusan disimpan oleh Syarikat Takaful.

Selain manfaat sekiranya berlaku musibah, Prudential BSN Takaful juga melalui Plan Takaful Health memberi ganjaran tahunan sekiranya anda sihat dan tidak membuat tuntutan pada tahun tersebut, yang dipanggil sebagai NCB (Non Claim Bonus). Wang ganjaran ini akan dikreditkan ke dalam dana pelaburan anda pada tahun berikutnya.

Ini adalah sebahagian contoh plan perlindungan dan manfaat yang akan diperolehi sekiranya anda menjadi peserta Prudential BSN Takaful. Anda perlu mendapatkan khidmat perundingan daripada agen PRUBSN Takaful yang sah

PRu LADY

ANDA SEORANG YANG BERGELAR WANITA??!!

KAMI DI PRUDENTIAL AMAT MEMAHAMI APA YANG KAUM WANITA INGIN LINDUNGIĆ¢€¦.

Oleh itu kami memperkenalkan PRUDENTIAL PRULADY satu-satunya perlindungan yang DIREKA KHAS UNTUK KAUM WANITA

10 Sebab KENAPA anda perlukan PRULADY

1 Memberi perlindungan untuk wanita daripada penyakit-penyakit yang tidak dilindungi oleh 36 penyakit kritikal seperti cervix uteri,fallopian tube dan lain-lain lagi

2 Melindungi daripada komplikasi kehamilan yang tidak dilindungi dalam kad perubatan seperti kehamilan luar rahim,kematian anak(dalam 30 hari selepas kelahiran)

3 Melindungi daripada pembedahan kosmetik akibat kemalangan @kebakaran yang tidak dilindungi oleh kad perubatan

4 Melindungi daripada penyakit kanser wanita seperti kanser payudara dari peringkat awal lagi

5 Melindungi bayi yang dilahirkan daripada penyakit Kongenital Bayi seperti down sindrom,spina bifida dan tetrafology of fallot

6 manfaat untuk perkahwinan dan perceraian(Dari RM750)

7 Manfaat untuk kelahiran

8 Pembayaran mengikut peringkat umur

9 Jaminan sehingga umur anda 70 tahun

10 Jaminan Pulangan wang

Saturday, May 15, 2010

Senarai Manfaat Takafulink

Senarai Manfaat Takafulink

Berikut adalah senarai lengkap setiap rider yang terdapat di dalam satu-satu polisi Takafulink dari PruBSN. Sum Covered di bawah adalah manfaat asas yang MESTI disertakan ke dalam polisi. Manakala yang berikutnya adalah rider-rider yang anda boleh pilih mengikut keperluan anda.

Pastikan rider yang anda pilih sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Perlu diingat bahawa setiap polisi dengan rider yang berlainan adalah berbeza dari segi coverage. Wealth Planner anda akan memberi nasihat untuk pilihan rider berdasarkan keutamaan dan keperluan serta bajet anda.

Anda boleh menambah atau mengurangkan mana-mana rider di dalam polisi anda pada bila-bila masa mengikut keperluan semasa anda tanpa perlu mengambil polisi yang baru.

Sum Covered
* Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan dibayar sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
* Manfaat asas yang mesti ada di dalam setiap polisi.
* Sebab kematian terdiri dari kematian biasa atau kemalangan.
* Jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan quotation yang disediakan.

Total Permanent Disability
* Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan dibayar sekali gus.
* Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
* Pemegang polisi akan mendapat Elaun Tahunan sekiranya disertakan bersama di dalam polisi (rujuk Disability Provider di bawah)

Crisis Shield
* Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Penyakit Kritikal, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
* Jumlah pampasan yang dibayar akan ditolak dari jumlah Sum Covered di atas.
* Kos rawatan akan ditanggung oleh medical card.
* Sekiranya berlaku kematian, pampasan ini tidak akan dibayar bersama Sum Covered di atas.
* Selepas didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, atau yang mana lebih terdahulu. Untuk mendapat manfaat ini, perlu disertakan bersama manfaat Contributor Benefit di dalam satu polisi tersebut.
* Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi.
* Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
* Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
* Jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan quotation yang disediakan.

Compassionate Benefit
* Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah.
* Pampasan ini boleh dituntut oleh waris sebaik sahaja pemegang polisi meninggal dunia dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.

Crisis Cover Plus
* Manfaat ini akan membayar pampasan untuk salah satu dari 36 Penyakit Kritikal, sama seperti manfaat Crisis Shield di atas.
* Pampasan yang dibayar tidak ditolak dari manfaat Sum Covered di atas, berbeza dari manfaat Crisis Shield di atas.
* Sekiranya berlaku kematian, pampasan ini akan dibayar bersama pampasan Sum Covered di atas.

Crisis Cover Income
* Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal.
* Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.
* Jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan quotation yang disediakan.

Accidental Death & Disablement
* Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Pampasan ini akan dibayar bersama jumlah Sum Covered di atas.
* Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaiki kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity).
* Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan.
* Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit ini pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan menjadi 100% semula.
* Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan yang boleh dituntut untuk tahun itu.

Accidental Medical Reimbursement
* Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah bil yang telah dibayar dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
* Pampasan yang dibayar adalah berdasarkan had bagi setiap kes dan BUKAN had bagi setiap tahun.
* Jumlah yang dibayar adalah berasingan dan TIDAK melibatkan nilai dari medical card anda.
* Jumlah pampasan yang boleh diambil adalah RM2,000 minimum dan RM10,000 maksimum di dalam satu polisi.
* Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.

Weekly Indemnity
* Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'.
* Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara (Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
* 1 Unit manfaat akan membayar RM100 seminggu bagi TTD dan RM50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).
* Jumlah unit yang boleh diambil adalah sehingga 14 unit berdasarkan Kelas Pekerjaan.
* Untuk Kelas Pekerjaan 1 dan 2, unit yang boleh diambil adalah maksimum 14 unit manakala untuk Kelas Pekerjaan 3 dan 4, unit yang boleh diambil adalah maksimum 7 unit.

Disability Provider
* Pampasan ini akan diberikan kepada pemegang polisi apabila didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
* Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
* Jumlah pampasan adalah berdasarkan quotation yang disediakan.

Hospital Benefit
* Manfaat ini akan dibayar mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad.
* Hospital Benefit dikira berdasarkan Unit. 1 Unit bersamaan RM50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = RM400 sehari.
* Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
* Sekiranya anda memasukkan manfaat Medical Cover dalam polisi anda, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Hospital Benefit 5 Unit dan Medical Cover 3 Unit. Jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut mestilah tidak melebihi 8 unit.
* Manfaat dibayar untuk kemasukan sama ada ke hospital swasta atau hospital kerajaan. Sekiranya bil hospital telah ditanggung oleh pihak syarikat tempat anda bekerja, Hospital Benefit ini masih boleh dituntut (claim) tanpa memerlukan resit. Hospital Benefit akan dibayar kepada peserta selepas keluar dari hospital.
* Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.

Medical Cover
* Manfaat ini menggabungkan 3 Elaun di dalam satu rider iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
* Elaun Hospital (rujuk Hospital Benefit di atas)
* Elaun ICU - Membayar Elaun Harian selama berada dalam wad ICU. Elaun Harian untuk kemasukan ke ICU akan dibayar sekali ganda.
* Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan pembedahan tersebut (Severity Level)
* Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
* Setiap quotation yang dibuat akan ditunjukkan dalam bentuk unit. 1 Unit mewakili RM50 sehari (Elaun Hospital), RM100 sehari (Elaun ICU) & RM2,500 maksimum bagi setiap procedure pembedahan (Elaun Bedah)
* Elaun Bedah akan di bayar berdasarkan kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :

Level 1 : RM125
Level 2 : RM250
Level 3 : RM500
Level 4 : RM750
Level 5 : RM1,250
Level 6 : RM1,875
Level 7 : RM2,500

* Contoh di atas adalah berdasarkan 1 unit. Jumlah unit maksimum yang boleh diambil ialah 8 unit. Sekiranya dimasukkan bersama Hospital Benefit, jumlah keseluruhannya mestilah 8 unit seperti penerangan di Hospital Benefit di atas.
* Elaun Bedah maksimum adalah sehingga RM12,500 bagi setiap procedure pembedahan dengan 8 unit yang diambil.

Major Medical Cover
* Menyediakan dana untuk rawatan perubatan sehingga nilai RM1.5 juta.
* Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN seluruh Malaysia. Anda tidak perlu menggunakan duit sendiri dulu untuk menanggung kos-kos perubatan anda.
* Sila rujuk di Medical Card.

Takaful Puteri
* Sebagai rider tambahan untuk pelan Takafulink.
* Sesuai untuk kaum wanita muda yang merancang untuk mendirikan rumahtangga atau melahirkan anak.
* Terdiri dari dua pelan:
* Takaful Puteri
* Takaful Puteri Plus
* Sila rujuk di Takaful Puteri

Takaful Cerdik
* Manfaat yang sama seperti di Takafulink dengan sedikit perbezaan.
* IBU atau BAPA hanya boleh ambil untuk anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun sahaja.
* Untuk manfaat Weekly Indemnity dan Crisis Cover Income tidak boleh dimasukkan.
* Perlindungan hanya sehingga umur anak 25 tahun sahaja.

Takaful Saver
* Takaful Saver adalah satu rider tambahan untuk membolehkan peserta menambah sumbangan tetap bagi tujuan pelaburan, yang mana sumbangan akan digunakan untuk membeli unit-unit amanah.
* 95% dari caruman di Takaful Saver akan digunakan untuk membeli unit-unit amanah berkualiti tinggi.

Contributor Benefit
* Manfaat ini akan menyambung simpanan pemegang polisi secara automatik sekiranya peserta disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal. Atau dengan maksud lain, caruman peserta akan diganti bayar semula oleh PruBSN. Peserta tidak lagi perlu membayar.
* Jumlah manfaat yang akan dibayar adalah berdasarkan jumlah caruman tahunan peserta. (Jumlah bulanan didarabkan dengan 12 bulan)
* Manfaat lain yang berkaitan adalah :

* Parent Contributor
Sekiranya IBU atau BAPA sebagai Parent peserta meninggal dunia sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu peserta membayar sumbangan kepada pelan Takaful untuk caruman seterusnya.
Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 25 tahun. Manfaat ini hanya boleh diambil oleh Parent untuk anak-anak di bawah umur 18 tahun sahaja.

* Spouse Contributor
Membayar sumbangan tetap Takaful untuk caruman seterusnya sekiranya pasangan pemegang polisi menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal atau meninggal dunia. Caruman akan digantikan oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi 80 tahun.

* Takaful Saver Contributor
Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya peserta menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal.

* Takaful Saver Parent Contributor
Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya IBU atau BAPA sebagai Parent menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal atau meninggal dunia.

* Takaful Saver Spouse Contributor
Membayar sumbangan tetap Takaful Saver untuk caruman seterusnya sekiranya pasangan pemegang polisi menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal atau meninggal dunia.

Pulangan Pelaburan
* Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa walau atas apa tujuan apa sekali pun dengan syarat meninggalkan baki nilai tunai sebanyak RM4,000.
* Anggaran pulangan pelaburan 2% hingga 9% setahun. Anggaran peratus tersebut adalah syarat dari BNM yang boleh ditunjukkan di dalam ilustrasi quotation. Walau bagaimana pun ianya bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang dipilih.
* Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

Pelepasan Cukai
* Melayakkan anda menerima pelepasan cukai insurans hayat
bersama EPF sehingga RM6,000.
* Bagi Takaful Cerdik, ianya melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan sehingga RM3,000.

36 penyakit kritikal

36 Penyakit Kritikal
Di bawah sini saya senaraikan antara 36 penyakit-penyakit yang dianggap kritikal oleh Prudential yang membolehkan pemegang sijil mendapat manfaat ‘Auto Saving’ ( Contributor Benefit atau Payor Benefit ) bagi pihak diri dan keluarga. Penerangan yang sedikit teliti ini memerlukan pendapat pakar perubatan untuk sesetengah istilah-istilah perubatan.

1. Serangan Penyakit Jantung
Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-

i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan
iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal. Diagnosis berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung. Angina juga dikecualikan secara khusus.

2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.

3. Strok
Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology. Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsivestibule.

4. Kanser
Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histology malignan. Keadaan-keadaan berikut adalah terkecuali :-

i. Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;
ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;
iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;
iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;
vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).

5. Kegagalan Ginjal ( Buah Pinggang )
Kegagalan ginjal di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.

6. Penyakit Kelumpuhan / Paraplegia
Hilang keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelupuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu.

7. Pemindahan Organ Utama
Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-

i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang

8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang
Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-

i. Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
ii. Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
iii. Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenatatau semakin pulih.

9. Hepatitis Virus Fulminan
Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati. Kriteria diagnostic yang perlu ada ialah :-

a. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultra bunyi abdomen; dan
b. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
c. Penyakit kuning yang teruk. Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi kriteria diagnostic.

10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama
Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikulkanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.

11. Koma
Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi. Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alkohol adalah terkecuali.

12. Buta
Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.

13. Penggantian Injap Jantung
Telah menjalani pembedahan dada terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula. Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.

14. Pembedahan Aorta
Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.

15. Penyakit Alzheimer
Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alkohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa. Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.

16. Hilang Pendengaran / Pekak
Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.

17. Hilang Percakapan
Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 )bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak). Kesemua sebab-sebab berkaitan psikiatrik adalah terkecuali.

18. Kebakaran Parah
Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.

19. Penyakit Membawa Maut
Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.

20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah
Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-

i. Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii. Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
iii. Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.

Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.

21. Penyakit Motor Neuron
Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tandukanterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosislateral primer. Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurology.

22. Penyakit Parkinson
Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan :-

i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan. Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-

i. Pengalihan. Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan. Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas .Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan. Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan kedalam tubuh badan. Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.

23. Penyakit Hati Kronik
Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakitberikut :-

i. Penyakit kuning kekal;
ii. Askit;
iii. Ensefalopati;
iv. Hipotensi portal.Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali.

24. Penyakit Paru-paru Kronik
Kegagalan system pernafasn di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-

i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
ii. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
iii. Disponea ketika berehat.

25. Anaemia Aplastik
Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-

i. Transfusi produk darah secara berkala.
ii. Agen perangsang sum-sum.
iii. Agen imunosupresif.
iv. Pemindahan sum-sum tulang.

26. Distrofi Otot
Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-

i. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
ii. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spinaserebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
iii. Elektromiogram sifataniv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot.

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.

27. Poliomielitis
Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre)adalah terkecuali.

28. Meningitis Bekteria
Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa. Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-

i. Pengalihan Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan. Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.

29. Tumor Otak Benigna
Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa, yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI. Perkara-perkara berikut adalah dikecualikan :-

i. Sista;
ii. Granulomas;
iii. Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak;
iv. Haematomas;
v. Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
vi. Tumor saraf akustik.

30. Eusefalitis
Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh(30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa. Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-

i. Pengalihan Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan kedalam tubuh badan. Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.

31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya ( Full Blown AIDS )
Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody HIV ( HumanImmuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada criteria berikut :-

i. Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat badan disepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wastingsyndrome);
ii. Kaposi Sarcoma;
iii. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
iv. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
v. Tuberculosis Aktif;vi. Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
vii. Malignant Lymphoma.Dalam kes tuntutan kecuali untuk Contributor, Spouse Contributor dan Parent Contributor, 50% dari semua Manfaat yang berkenaan (sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500 000 ke atas mana-mana hayat di bawah polisi ini dan semua polisi-polisi yang lain) yang kena dibayar berhubung dengan penyakit ini akan dibayar. Baki jumlah akan dibayar apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau didiagnosis Penyakit Kritikal yang lain yang mana dahulu berlaku.

32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri(LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.

33. Pembedahan Otak
Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesiaam dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.

34. Sindrom ‘APPALIC’
Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1)bulan.

35. Kecederaan Kepala Utama
Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-

i. Pengalihan Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

36. Kehilangan Anggota Badan
Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.

Ko-Takaful / Ko-Insurans

Ko-Takaful atau Ko-Insurans ialah perkongsian pembayaran untuk kos-kos hospital. Dari pelan PruBSN pelanggan akan menanggung sebahagian dari kos hospital yang dikenakan. Walau bagaimanapun ianya tertakluk pada jumlah 10% atau minimum RM300 dan maksimum RM1,000 sahaja.

Tahukah anda bahawa SEMUA syarikat insurans/takaful di Malaysia yang ada perkhidmatan medical card mempunyai ko-takaful. Cuma cara bagaimana ko-takaful itu dikenakan ke atas pelanggan adalah berbeza-beza. Berhati-hati dengan penerangan dari ejen-ejen yang mengatakan bahawa medical card dari syarikat mereka tidak mempunyai ko-takaful.

Dan tahukah anda... bahawa Prudential lah syarikat insurans di Malaysia yang pertama menyediakan medical card yang tidak mempunyai ko-insurans. Walau bagaimanapun disebabkan terlalu banyak berlaku penyalahgunaan medical card itu sendiri maka diadakan ko-insurans. Ini adalah syarat dari Bank Negara Malaysia. Pada awal pelancaran medical card dulu, pelanggan tersebut tidak perlu membayar ko-insurans langsung!

Bayangkan sekiranya tidak ada ko-takaful, pelanggan itu boleh dengan sesuka hati pergi menginap di hospital, lebih-lebih lagi jika pelanggan tersebut kenalan rapat dengan doktor. Pelanggan yang selalu buat macam ni adalah pelanggan dari luar kawasan. Mereka menginap di hospital seolah-olah menginap di hotel!

Bagaimanapun, bagi pelanggan-pelanggan Prudential yang mengambil pelan yang tiada ko-insurans dahulu, polisi mereka masih valid tanpa ko-insurans. Ini disebabkan Terma dan Syarat-Syarat di dalam polisi yang lama tidak berubah.

Okay, mari kita lihat bagaimana ko-takaful dari PruBSN dikenakan ke atas pelanggan:

Kes 1 : Si A masuk wad 5 hari, kos hospital yang dikenakan RM 4,000.00. Si A perlu membayar dari kos hospital sebanyak 10% Ko-Takaful = RM400.00. Hospital Benefit untuk Si A sebanyak RM 200 X 5 hari = RM1,000.00 akan dibayar selepas 3 minggu Si A keluar dari hospital.
Kos Hospital = RM4,000.00
Ko-Takaful = RM400.00
Hospital Benefit = RM1,000
Nota : Untuk kes 1 di atas Si A akan mendapat cheque bernilai RM1,000.00 selepas antara 2 hingga 3 minggu keluar dari wad. Cheque ini adalah dari manfaat Hospital Benefit.

Kes 2 : Si B masuk wad 10 hari, kos hospital yang dikenakan RM 20,000. Kalau ikut 10% dari RM 20,000.00 ialah RM 2,000.00 tetapi Si B hanya perlu membayar RM 1,000.00 sahaja sebab tertakluk pada kos maksimum RM 1,000.00. Hospital Benefit untuk Si B sebanyak RM 200 X 10 hari =RM 2,000.00 akan dibayar selepas 3 minggu Si B keluar dari hospital.
Kos Hospital = RM20,000.00
Ko-Takaful = RM1,000.00
Hospital Benefit = RM2,000.00

Nota : Untuk kes 2 di atas Si B akan mendapat check bernilai RM2,000.00 selepas antara 2 hingga 3 minggu keluar dari wad. Check ini adalah dari manfaat Hospital Benefit.

Di PruBSN, walaupun anda dikenakan ko-takaful tetapi kami ada cara untuk menyelamatkan wang anda. Dengan rider Hospital Benefit, anda masih boleh buat untung, walaupun Pelan Takafulink sebenarnya bukan untuk buat untung. Pelan Takafulink adalah untuk melindungi status kewangan anda dari kos-kos hospital yang semakin meningkat.

Oleh itu, jangan biarkan wang anda habis di hospital tetapi biar polisi anda yang tanggung kosnya!!!

Sekiranya Kes 1 dan Kes 2 di atas adalah kes kemalangan, Ko-Takaful tersebut boleh claim di bawah rider Accidental Medical Reimbursement ( AMR ). Ini bermakna sekiranya client tersebut kemalangan dan dimasukkan ke wad segala bil atau deposit yang telah dibayar kepada hospital boleh claim. Pastikan ejen anda memasukkan manfaat AMR ke dalam polisi anda.

Ya, biar polisi Prudential BSN Takaful Berhad yang tanggung kosnya!!

Thursday, May 13, 2010

Benarkah insurans itu "HARAM"

Benarkah Insuran Haram di Dalam Islam?

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman



Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya.

Penulisan ini akan menyentuh aspek berikut :-

1. Pembahagian insuran.

2. Perbezaan Fatwa Ulama’ mengenai hukum insuran

3. Mengapa insuran perniagaan difatwakan haram?

4. Apakah dalil para Ulama yg mengharuskannya & syarat utk menyertainya?

5. Alternatif Islam dalam hal Insuran.



Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang oleh para ulama’ tertutamanya di kalangan ulama’ Timur Tengah. Oleh kerana system Insuran ini suatu ciptaan yang dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666 m di London, system ini hanya menembusi dunia Islam arab hanya sekitar 1830 M1. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yg dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat thn 1836 m @ 1252 H) Beliau merupakan fuqaha’ ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yg mengeluarkan fatwa berkenaan Insuran.

Beza antara Insurans Konvensional & Takaful

Perbezaan Insuran

Konvensional & Takaful

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/


Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?


Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.


Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.


Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-

a) Tabarru' dan Mudarabah
b) Wakalah dan Tabarru

Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'

Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.


Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).


Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-


Konvensional Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) * Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus' Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

Demikian penerangan ringkas saya.


Ust Zaharuddin Abd Rahman

KENAPA PRUBSN (PRUDENTIAL BSN TAKAFUL) KENAPA ANDA MEMERLUKAN TAKAFUL (PERLINDUNGAN INSURAN HAYAT DAN PERUBATAN)

Salam, saya ingin berkongsi serba sedikit apa yang saya tahu kenapa anda perlukan perlindungan takaful. Sebelum itu biarlah saya berkongsi serba sedikit latar belakang saya. Saya dahulunya adalah Graduan dari Universiti Teknologi Mara (Uitm Shah Alam), Mendapat Ijazah Dalam Bidang Kejuruteran Mekanikal pada tahun November 2001. Setelah 7 tahun bekerja akhirnya saya berjumpa secara satu industri yang mana dapat membantu orangrama iaitu industri TAKAFUL di mana saya yakin masih tidak ramai kaum bumiputera kita yang mempunyai satu plan takaful dan perlindungan keluarga. Saya telah terlibat dalam industri ini selama 2 tahun dah telah berkecimpung secara SEPENUH MASA. Tiada penyesalan atas Ijazah yang saya ada walaupun beralih bidang tatapi itu mungkin merupakan tiket dan ketentuan ILAHI saya untuk masuk ke dalam industri ini.

Dua puluh tahun dahulu kita ke sekolah, cikgu cakap kepada saya, Harith, awak belajar bersungguh-sungguh sampai masuk universiti, insyallah awak akan OK bila bekerja nanti. Tetapi apabila graduate saya bekerja, gaji graduan ijazah adalah antara RM1800 sehingga RM2200 sebagai permulaan dan setelah tujuh tahun berkerja dengan kenaikan antara RM100 hingga RM200 sebulan apakah yang anda mampu buat...bolehkah kita menyimpan? Sebenarnya saya lansung TIADA SIMPANAN walaupun setelah 7 tahun bekerja, pendapatan bulanan hanya cukup untuk menbayar ansuran rumah, ansuran kereta, yuran anak ke sekolah, bayar bil air, letrik dan telefon, kos makanan, duit minyak kereta, bayar loan PTPTN dan MARA, bayar kad kredit dan banyak lagi dan saya rasa ramai lagi kawan-kawan yang diluar sana senasib seperti saya. Apa yang ada hanyalah LIABILITI yang akan saya tinggalkan sekiranya sesuatu berlaku kepada saya. Jadi dengan mengambil 5% SAHAJA dari pendapatan saya sekarang saya boleh MELINDUNGI PENDAPATAN saya di masa hadapan sekiranya saya tidak mampu bekerja ataupun sesuatu yang tidak diingini berlaku. Dengan ini saya dahpun TRANSFERKAN RISIKO dari mengunakan syarikat HARITH SDN BHD kepada PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD untuk membayar kepada keluarga saya sekiranya sesuatu musibah berlaku, KEKADANG KITA RASA RUGI KALAU AMBIK TAKAFUL, SEBENARNYA KITA LAGI RUGI KALAU TAK AMBIK TAKAFUL.

Saya percaya setiap orang mempunya risiko yang sama, seperti:-

1. KEMATIAN PRA MATANG - kita ada dengar jiran, kawan, saudara mara kemalangan ataupun ada masalah kesihatan dan berlaku kematian pada usia muda mungkin 20-an, 30-an ataupun 40-an, sekiranya berlaku kepada saya macam mana dengan semua tanggungan dan liabiliti yang masih belum habis dibayar? pendapatan keluarga cuma tinggal separuh sekiranya suami isteri bekerja atau mungkin tiada lansung sekiranya hanya suami bekerja. BAGAIMANA NAK MENERUSKAN HIDUP, WANG BUKAN SEGALA-GALANYA, TAPI SEGALA-GALANYA ADALAH WANG.





2. HIDUP TERLALU LAMA - Kita pernah terjumpa atau mungkin moyang kita sendiri ada yang hidup sehingga 80 tahun, 90 tahun dan sebagainya. Apakah akan berlaku sekiranya WANG ANDA MATI DAHULU sebelum anda? Berdasarkan pengiraan matematik mudah, pencen umur 55, purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75, jadi kita perlukan dana untuk meneruskan kelansungan hidup. Apakah nombor anda sebaik sahaja anda bersara?

Sekiranya anda ingin berbelanja RM 1000 sebulan, maka RM1000 x 12 bulan x 20 tahun = RM 240,000 (Anda mesti ada pada 55)

Sekiranya anda ingin berbelanja RM 2000 sebulan, maka RM2000 x 12 bulan x 20 tahun = RM 480,000 (Anda mesti ada pada 55)

Sekiranya anda ingin berbelanja RM 5000 sebulan, maka RM5000 x 12 bulan x 20 tahun = RM 1,200,000 (Anda mesti ada pada 55)

*Pengiraan di atas belum dimasukkan fakto inflasi. Jadi mulakan SIMPANAN secara BERDISIPLIN DENGAN AKAUN ISTIMEWA DAN UNIK kami sekarang. Adakah cukup simpanan KWSP anda yang rata-ratanya adalah hanya RM100,000 sahaja jumlah apabila kita mencapai umur 55?



3. LIVING DEATH - Anda hidup tetapi hidup dalam keadaan disable, jadi hanya hospital sahaja yang akan menjaga kita sekiranya kita ada duit, kalau tak ada macamnana nak dapat rawatan. Ramai orang merasakan sudah cukup perlindungan yang diberikan oleh syarikat anda bekerja? Tatapi soalannya
i) SAMPAI BILA ANDA AKAN BERKERJA DISITU??
ii)SYARIKAT ANDA MELINDUNGI ANDA SEHINGGA UMUR 55 SAHAJA....SEKIRANYA ANDA SAKIT PADA MASA ITU TIADA PLAN BOLEH DIAMBIL LAGI...SEKIRANYA boleh harganya adalah 5x ganda...MAMPUKAH KITA??SEKIRANYA TIDAK MAMPU, ADAKAH ANDA MAHU MENGGUNAKAN WANG KWSP ANDA UNTUK MEMBAYAR BIL HOSPITAL??
iii)ANDAKAH ANDA SANGGUP BERATUR PANJANG DENGAN ORANG LAIN UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL KERAJAAN???

4. SIMPANAN UNTUK PELAJARAN ANAK DAN PERSARAAN - Takaful adalah satu medium yang menggalakkan anda menyimpan untuk pelajaran anak dan persaraan anda. Dengan manfaat yang diberikan duit simpanan anda akan "CONTINUE GROWING" walaupun anda diagnose penyakit kritikal.

5 Dalam 1

PELAN TAKAFULINK (5 dalam 1) – 11 MANFAAT UTAMA
1) Kad Perubatan (RM 500,000) untuk pembayaran bill hospital secara online (cash-less) di 68 Hospital Pakar & Auto-renewed.
2) Perlindungan (Penyakit Kritikal, Lumpuh, HUK) – Polisi akan PERCUMA (F.O.C)
3) Pampasan Kematian (berserta jumlah nilai tunai) jika kematian sebelum 80 tahun atas apa sebab sekalipun dan Pampasan Kemalangan, Khairat Kematian & diberi dalam tempoh 3 hari apabila musibah berlaku.
4) Elaun Harian Hospital (Cek Diberi kepada Client) bagi Elaun Wad, Elaun ICU, Elaun Pembedahan dan Elaun MC (Cuti Sakit).
5) Simpanan / Investmentlink – Pengawasan Panel Syariah (Dana Islamik) dengan tiada tempoh matang dan boleh dikeluarkan pada bila2 masa dengan kekalkan nilaitunai minima RM 1,000.
Keistimewaan : 5T iaitu
1) Tiada tempoh matang,
2) Tak perlu bayar jika dignosis salah satu 36 penyakit kritikal,
3) Tiada Caj Tersembunyi/denda
4) Tiada Kenaikan Harga (Bayaran kekal sehingga umur 80 tahun)
5) Tabaru Fund – Perkongsian keuntungan dimana agihan keuntungan 70% kepada peserta dan 30% PruBSN.
Adakah anda mampu menyediakan RM 500,000 dalam masa yang singkat sekiranya musibah melanda diri anda dan dimasukkan ke Hospital Pakar?
* Apa akan terjadi jika anda mengidap Penyakit Kritikal yang memerlukan pembedahan segera dan perbelanjaan perubatan yang tinggi?
* Adakah anda mempunyai simpanan yang terjamin untuk persaraan dan pendidikan untuk anak anda?
* Apakah yang akan terjadi kepada keluarga tersayang sekiranya sesuatu terjadi kepada anda. Bagaimanakah mereka menyara untuk meneruskan kehidupan mereka?
Sudahkah Anda Bersedia? Jika Jawapan Anda TIDAK…..
Persediaan Awal. – Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu
1) Sihat sebelum sakit
2) Muda sebelum tua
3) Kaya sebelum miskin
4) Lapang sebelum sempit
5) Hidup sebelum mati
Pentingnya memiliki plan takaful adalah sebagai persediaan awal sebelum sesuatu perkara yang tidak dirancang berlaku ke atas diri kita. Salah satu dari perkara dibawah pasti berlaku ke atas diri kita seperti Kematian, Kemalangan, Hilang Upaya Kekal, Penyakit Kritikal.
Kenapa perlu tunggu ia datang tanpa diundang baru terfikir akan kepentingannya. Apabila ia telah datang walaupun tidak diundang, kemungkinan kesan-kesannya:-
a) Hilang punca pendapatan- akibat hilang upaya & tidak dapat bekerja.
b) Terpaksa menggunakan wang simpanan atau membuat pinjaman peribadi untuk membiaya kos rawatan
c) Bebanan hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Ahli keluarga terpaksa menanggung akibat hilang punca pendapatan.
Anda Masih Belum Terlewat…. Plan Takafulink PruBSN Takaful Akan Membantu ANDA….

TAKAFUL PUTERI

MANFAAT TAKAFUL PUTERI

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus
Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu


[ RM50,000, RM100,000 atau RM150,000 ]



Pelan Takaful Puteri menawarkan :

Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita
Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:


Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.


Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)


MANFAAT PENJAGAAN WANITA



A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

Kanser berkaitan wanita


Kanser payudara atau

Kanser Uterus Serviks atau

Kanser Tiub Falapio atau

Kanser Ovari atau

Kanser Uterus atau

Kanser Vagina/Vulva
atau

Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.


B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau

Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau

Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau

Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis
MANFAAT PENJAGAAN IBU


A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar


Komplikasi Kehamilan


Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau

Kehamilan Ektopik atau

Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau

Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau

Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)
B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.

Penyakit-penyakit Kongential Bayi

Sindrom Down atau

Kecacatan Vetrikel Septum atau

Kecacatan Atrium Septum atau

Spina Bifida atau

Lelangit Rekah
Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Nota :

Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan

TAKAFUL HEALTH

Medical Card PruBSN Takaful atau Takaful Health adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.

Antara kelebihan Takaful Health adalah seperti berikut :


Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 80 tahun yang tinggi

Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda

Perlindungan 24 jam diseluruh dunia

Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).

Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
Penjagaan jururawat di rumah

Pembedahan balik hari (Day Surgery)
Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan

Rawatan Dialisis buah pinggang

Rawatan Kanser
Jaminan pembaharuan sehingga umur 80 tahun
Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)

Faedah NCB : No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.
Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan...boleh terus claim ikut had seumur hidup. Jadi, kalau ada claim yang besar2....tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad.
Dan banyak lagii.....hubungi saya sekarang...

Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat Takaful Health (TH)



Penerangan mengenai NCB :

NCB atau No Claim Bonus adalah merupakan salah satu keistimewaan plan Medical Card Takaful Health.
NCB akan diberikan kepada client-client yang tidak membuat tuntutan/claim daripada manfaat medical card (Takaful Health) pada tahun semasa. Sebagai Contoh : Client mengambil plan TH 200. Pada tahun 2009, beliau tidak pernah membuat tuntutan langsung daripada manfaat medical card. Jadi, NCB sebanyak RM 300 (lihat jadual di atas)...akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2010. Pada tahun 2010 pun client masih tak buat sebarang tuntutan, dan client akan mendapat RM 300 NCB (dikreditkan dalam akaun pelaburan client) pada tahun 2011.

Akan tetapi, sekiranya client ada membuat tuntutan pada tahun 2011, client tidak akan menerima sebarang bonus pada tahun berikutnya iaitu pada 2012. Kemudian, pada tahun 2012, client tidak membuat sebarang tuntutan, RM 300 akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2013. dan begitulah seterusnya.
Plan yang amak unik dan istimewa. Medical card Takaful pertama yang menawarkan NCB di Malaysia. Dapatkan maklumat mengenainya sekarang. hubungi saya : 014 8290036 (FAHMI) untuk mendapat maklumat lanjut.
Perhatian :

Manfaat Takaful Health (TH) ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takaful iaitu :



1- Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation & Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.

Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation


(300 <= ko-takaful :10% <=1000)
Contoh 1 :

Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. Oleh kerana minimum Ko-Takaful RM 300, klien perlu bayar RM 300 kepada hospital, manakala PruBSN bayar selebihnya iaitu RM 1,700


Contoh 2 :


Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara 300 hingga 1000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.


Contoh 3 :


Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM1,000 disebabkan had maksimum adalah RM1,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 29,000.


Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas. Untuk maklumat lanjut atau penerangan yang lebih jelas, anda boleh hubungi saya di (fahmi) 014 8290036

2- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.3- Apakah Pengecualiannya?

Pengecualian yang biasa ialah:

1. Kecederaan diri yang disengajakan.
2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
11. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
12. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
13. Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan. Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.

Nota Penting :

Perlindungan bermula serta merta selepas polisi lulus (approved) bagi kemasukkan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas polisi lulus.


Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specified Illness) akan bermula 120 hari selepas polisi lulus. Senarai penyakit tertentu adalah seperti berikut :

1. Hypertensi, Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular

2. Semua jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem biliari.

3. Semua jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak

4. Hernia (angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele

5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan

6. Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut.

Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.

Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perlajanan.

TAKAFUL SAVER

Takaful Saver merupakan salah satu manfaat tambahan dalam Takafulink atau Takafulink Cerdik. Manfaat ini memberikan pulangan yang tinggi disebabkan sebanyak 95% caruman akan dimasukkan ke bahagian pelaburan untuk membeli unit bermula pada tahun pertama mencarum lagi. Sebanyak 5% daripada caruman akan digunakan untuk membayar caj perkhidmatan.

Sekiranya anda pemegang sijil Takaful PruBSN sama ada takafulink atau takafulink cerdik, dan ingin memaksimumkan simpanan atau pelaburan manfaat amat sesuai bagi memenuhi keperluan simpanan anda.

TAKAFUL CERDIK

"Kita atau dia..."

Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit.

Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan oleh MASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.

Semasa anak masih kecil, adakah mereka tahu yang mereka akan masuk ke universiti satu hari nanti? Adakah mereka tahu untuk masuk ke sesebuah Universiti memerlukan sejumlah wang bagi menampung yuran dan duit belanja pembelajaran? Siapa yang lebih tahu?..Ibu bapa atau Anak?..siapa yang ada pilihan?..Ibu Bapa atau Anak?..siapa yang ada plihan untuk berbelanja berlebihan hingga terlupa untuk membuat simpanan pada masa mendatang atau membuat simpanan berterusan bagi menyediakan wang untuk pendidikan anak? Siapa yang mempunyai pilihan.....renung mata anak kita....renung sedalam-dalamnya...sama ada yang baru saja lahir, berumur 1 atau 2 tahun atau yang sudah mula bersekolah....adakah mereka tahu yang satu hari nanti mereka memerlukan sejumlah wang untuk melanjutkan pelajaran demi cita-cita mereka. Bukan hanya cita-cita mereka, yang mana saya percaya, lebih kepada cita-cita kita untuk melihat anak kita berjaya. Tapi apakah pilihan di tangan dia?...siapa yang mempunyai pendapatan?..kita atau dia?..siapakah yang mempunyai pilihan?..kita atau dia...kita yang mampu memilih untuk memperuntukkan sejumlah wang simpanan secara berterusan untuk dia atau dia sudah mampu untuk mencari wang sendiri untuk menampung pembalajaran mereka?....

Jadi, pelan Takafulink Cerdik daripada PruBSN Takaful ini direka khas dalam usaha membantu ibu bapa untuk merancang simpanan pendidikan untuk anak-anak mereka. Mulalah dari sekarang. Dapatkan pelan yang terbaik yang memberikan perlindungan Takaful dan Pendidikan dalam satu akaun yang komprehensif.


Apa dia Pelan Takafulink Cerdik?

Takafulink Cerdik merupakan pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful. Pelan ini merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, peyakit kritikal, kad perubatan (Medical Card) dan beberapa manfaat lain seperti di bawah.

Senarai manfaat dan penerangan...

1- Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan

Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.

Umur pada tarikh akan datang

1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%

Sebab kematian terdiri kematian biasa


2- 36 Jenis Penyakit Kritikal (senarai penyakit kritikal)

- Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).
- Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan MMC (rujuk manfaat medical card)
- Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3- Kemalangan (Mati atau Lumpuh)

- Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan.
- Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).
- Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
- Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
- Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula.
- Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.


4- Kad Perubatan (Major Medical Card-MMC)

- Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh - Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
- Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Sila refer medical card)
- Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

5- Elaun Hospital

- Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
- Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar.
- Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda.
- Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.

6- Elaun ICU

- Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.

8- Elaun Bedah

- Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan. Sila rujuk Jadual Manfaat Elaun Pembedahan.

9- Elaun Lumpuh

- Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)

9- Khairat Kematian

- Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. - Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut

10- Premium Percuma

Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya


Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal

Pembayar meninggal dunia

Pembayar lumpuh kekal keseluruhan (TPD)

Pembayar mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.


Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.


11- Pulangan Pelaburan

- Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda.
- Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
- Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
- Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

12- Takaful Saver

- Manfaat tambahan untuk memaksimumkan simpanan pendidikan untuk anak anda. Sila rujuk Takaful Saver

TAKAFUL LINK

Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur.

Peruntukkan sumbangan untuk perlindungan dan pelaburan seperti di jadual.





Secara umumnya, Pelan Takafulink ini terdiri daripada 3 pecahan akaun yang utama iaitu :


A- Participant Unit Account (PUA)






(Rujuk manfaat No.1 dan No.2)






B- Individual Special Account (ISA)






(Rujuk manfaat No.3 hingga No.15)

C- Investment Unit Account (IUA)

(Rujuk manfaat No.16)



Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.

1- Manfaat Asas (Basic Sum Covered) i.e Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan

Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)

2- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)


Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu (Dengan syarat manfaat Contributor disertakan. Sila rujuk manfaat No-14). Sekiranya manfaat Contributor tidak disertakan, client perlu menyambung caruman sehinggalah tamat tempoh .
Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3- Compassionate Benefit (Khairat Kematian)

Manfaat ini akan membayar khairat kematian bagi tujuan pengebumian. Ia akan dibayar serta merta sebaik sahaja pewaris mengemukakan bukti kematian kepada syarikat.
4- Crisis Cover Plus (CCP)

Ia merupakan manfaat tambahan i.e rider yang memberikan perlindungan lebih tinggi kepada pemegang polisi atas sebab kematian, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan i.e Total Permanent Disable (TPD)
Sebaik sahaja pemegang polisi disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, manfaat CCP akan dibayar sekali gus manakala manfaat asas utk kematian i.e Basic Sum Covered masih kekal.
Sekiranya kematian berlaku sebelum tuntutan 36 jenis penyakit kritikal dibuat, manfaat CCP ini akan dibayar bersama-sama Basic Sum Covered (manfaat no. 1)

5- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)

Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

6- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)

Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.
7- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)


Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.
Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.

8- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)

Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).


9- Takaful Health (i.e Kad Perubatan / Medical Card)

Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Takaful Health)
Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

10- Annual Limit Waiver (Special...)
Manfaat ini menawarkan client untuk mengenepikan had tahunan pada medical card. Maksudnya, had medical card hanya tertakluk kepada had seumur hidup. Akan tetapi, hanya Plan TH 200, TH 300 dan TH 400 sahaja yang boleh kita letakkan manfaat ini.
Sebagai contoh, plan TH 200 (lihat Takaful Health utk lebih details) , had tahunan RM 75,000 dan had seumur hidup RM 750,000. Maksudnya, dalam masa setahun, client hanya boleh claim sehingga RM 75,000 sahaja. Sekiranya bil melebihi RM 75,000, client perlu bayar guna duit sendiri. Jadi sekiranya client memasukkan manfaat ini dalam plan beliau, had tahunan RM 75,000 akan dikeluarkan, dan sekiranya client memerlukan kos rawatan lebih dari RM 75,000...beliau boleh dapatkan rawatan sehingga RM 750,000.
Namun begitu, plan ini masih tertakluk kepada ko-takaful dimana 10% daripada bill client akan bayar (e.g utk 75,000 yang pertama syarat ko-takaful masih sama iaitu 10% min 300 dan max 1,000).
Untuk yang lebihan daripada 75,000 tersebut client perlu bayar 10% dengan tiada had maksimum. Contoh, kalau bil hospital 100,000. 75,000 pertama co-takaful 10% max 1,000. So, client kena bayar RM 1,000, PruBSN bayar RM 74,000. Utk bil selebihnya RM 25,000 (i.e 100K - 75K = 25K)...10% daripada RM 25,000, i.e RM 2,500 client kena bayar, dan RM 22,500 PruBSN akan bayar. Jadi, total yang client kena bayar sekiranya bill RM 100,000 adalah (RM 1,000 + RM 2,500= RM 3,500)...PruBSN bayar (RM 74,000 + RM 22,500 = RM 96,500)....masih lagi berbaloi2. Dan kalau client nak dapat balik duit co-takaful tersebut, perlu masukkan manfaat Medical Cover lebih sikit. I.e more than 1 unit dan Hospital Benefit Maximum RM 400 sehari.
Kalau ada yang kurang jelas penerangan di atas nie, boleh hubungi saya : abdriadi@prupartner.com.my
11- Medical Cover

Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-12)
Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500

Elaun Bedah-Maximum RM12,500 setahun untuk 1 unit.
12- Elaun Hospital (Hospital Benefit)

Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 11, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)

13- Elaun Lumpuh (Disability Provider)

Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
14- Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus

Boleh rujuk sini.
15- Premium Percuma (Contributor Benefit)

Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor
Sedikit penerangan ringkas...
Contributor

Manfaat ini akan membayar caruman mendatang (future contribution) sekiranya client disahkan mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal.
Manfaat-manfaat lain dalam policy (sekiranya ada) akan kekal seolah-olah client masih lagi membayar caruman.
Dan yang paling istimewa adalah, wang simpanan client juga akan dimasukkan dan simpanan akan meningkat secara berterusan sehinggalah policy ini tamat atau client meninggal dunia, yang mana lebih dulu. Kira dapat simpan percuma laa....
Contoh : client bayar caruman sebulan RM 250. Tetiba disahkan mengidap sakit kritikal dan memerlukan pembedahan. So, kos rawatan semua di tanggung oleh medical card (Takaful Health), manakala caruman selepas disahkan mengidap sakit kritikal tidak perlu dibuat, sebaliknya syarikat akan sambung bayar untuk kita. Untuk testimoni client yang boleh masuk sini : TESTIMONIAL . Sila rujuk testimoni ke-2.
Parent Contributor

Manfaat ini sama seperti contributor tapi akan cover pembayar untuk akaun pendidikan anak2 (Takafulink Cerdik / Takafulink Juvenile)..iaitu ayah, ibu atau penjaga yang sah.
Maksudnya, sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, atau meninggal dunia atak lumpuh kekal keseluruhan, caruman seterusnya akan dibayar oleh PruBSN takaful sehinggalah policy tamat atau anak meninggal dunia yang mana lebih duhulu.
Manfaat ini amat penting kalau client nak amik plan pendidikan untuk anak mereka. Untuk memahamkan konsep mudah manfaat ini adalah...."Kita ada, anak ada duit utk belajar dan ada medical fund, kita tak de pun anak ada duit utk belajar dan ada medical fund kalau dia sakit dan masuk wad"
Spouse Contributor

Manfaat ini akan cover caruman mendatang (future contribution) sekiranya pasangan client disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
Manfaat ini sama seperti contributor. Cuma sekiranya berlaku kepada pasangan client.
Manfaat ini penting sekiranya suami yang amik plan untuk isteri dan isteri tidak bekerja. Jadi, kalau suami meninggal dunia, atau sakit kritikal, atau lumpuh kekal keseluruhan, caruman isteri akan jadi PERCUMA.
Takaful Saver Contributor

Manfaat ini akan cover caruman mendatang untuk bahagian takaful saver.
Sebagai contoh, kalau client amik plan RM 250 (RM 200 basic dan RM 50 takaful saver)...jadi, kalau manfaat contributor dan takaful saver contributor disertakan, sekiranya disahkan sakit kritikal, semua caruman RM 250 akan jadi percuma. Sebaliknya, kalau hanya manfaat contributor sahaja yang disertakan, hanya caruman untuk basic plan sahaja akan jadi percuma. Caruman untuk takaful saver tidak akan dibayar oleh PruBSN.
Client tak boleh amik manfaat takaful saver contributor tanpa manfaat contributor. Sebaliknya, boleh amik manfaat contributor tanpa manfaat takaful saver contributor.
Takaful Saver Parent Contributor

Sama seperti plan takaful saver contributor, cuma cover untuk pembayar sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
16- Pulangan Pelaburan

Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun.
Syarat pengeluaran adalah seperti berikut :
Untuk Akaun PUA (Participant Unit Account) -> Pengeluaran minimum adalah RM 1,000 dan baki perlu ditinggalkan dalam akaun adalah RM 1,000.
Untuk Akaun IUA (Investment Unit Account) -> Pengeluaran minimum adalah RM 1,000 dan tiada syarat baki minimum yang perlu ditinggalkan dalam akaun. Akan tetapi sekiranya baki nilai tunai dalam akaun IUA kurang dari RM 500, client perlu membuat pengeluaran semua sekali duit yang ada dalam akaun IUA.
Anggaran pulangan pelaburan bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih.
Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

KONSEP TAKAFUL


akaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Tahap kehidupan yang berubah-ubah.

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan Takafulink, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan.

- Berdasarkan Syariah
Mempunyai Majlis Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

- Komprehensif
Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

- Fleksible
Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

- Pulangan pelaburan yang tinggi
Menyediakan 3 dana untuk memberi pilihan kepada anda
Dana Ekuiti
Dana Urus
Dana Aman


Berikut merupakan surat daripada Bank Negara atas lesen Takaful kepada Prudential BSN Takaful.



Ada Medical Card Company? Tapi masih perlu Medical Card...


Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, "Buat apa amik plan medical insurance/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited..." atau ada juga yang bagitau saya, "Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru amik"

Memang saya teramat biasa dengar perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tenpa anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurance yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.

Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.

PERTAMACompany cover unlimited....Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited..(pada pendapat anda)....limitnya adalah...

i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?...Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?...Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?...

Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri...

ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?...Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda.."Haaa, masa tu baru le amik medical card.."....jawapan saya "...Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then you amik medical card nie kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang...sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you....masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF....bagaimana hari tua anda?....EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital....Fikirkan lah sendiri.."

KEDUA - Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.

Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai le anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk amik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang. 

Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital...pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, "Kou tau dari awal ke yang kou akan kena sakit nie?...." atau "Kou memang nak ke, sakit nie terkena kat kou"...cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.

Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya....anda tak perlu amik medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada keboleha untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa aka datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda amik. Fikirkanlah sendiri.

Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini.....kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya....kalau anda dah sakit, agent insurance/takaful dan syarikat insurance boleh cari client yang sihat. tapi, anda tidak boleh cari insurance yang nak cover orang yang dah sakit.


Sekadar berkongsi pengalaman.
Untuk pengetahuan anda semua, saya ada seorang client yang buat claim pembedahan batu karang, kos rawatan cecah Rm 20,000 di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Kemudian dalam pula elaun hospital dan elaun bedah hampir RM 6,000. Dengan caruman Rm 150 sebulan, dia mampu untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, dan tidak terjebak dengan hutang. Sebaliknya, dapat duit elaun lagi.