Sunday, December 26, 2010
PruBSN Protect / Protect Plus
PruBSN Protect
Plan PruBSN Protect merupakan sejenis Plan traditional yang memberi perlindungan kewangan akibat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan disebabkan sebab2 bukan kemalangan. Ia juga ditambah dengan manfaat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan dan beberapa manfaat yang berkaitan kemalangan yang lain.
Terdapat pula PruBSN Protect Plus yang menggandakan jumlah perlindungan sebanyak 5% dalam setiap 3 tahun secara automatik. Tujuan penambahan perlindungan ini adalah dengan mengambil kira kadar inflasi setiap tahun. Jadi, berkemungkinan jumlah perlindungan kewangan yang kita sign up sekarang nilai nya tersangat kurang pada masa akan datang. Jadi, ada satu kaedah / cara bagaimana kita ingin memberikan lebih perlindungan kewangan pada masa akan datang.
Antara manfaat dalam plan ini adalah
* PruBSN Protect
Membayar pampasan disebabkan oleh kematian, atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
* PruBSN Protect Plus
Manfaat ini sama seperti manfaat di atas, cuma jumlah sum insured / sum covered akan bertambah setiap 3 tahun sebanyak 5%.
* Accident Death and Disablement
Memberikan keluarga pemegang policy wang tunai sekiranya pemegang policy meninggal dunia atau hilang upaya kekal keselurhan disebabkan oleh kemalangan.
* Accident Medical Reimbursement
Manfaat ini akan membayar semua kos rawatan kemalangan (tertakluk kepada jenis rawatan yang diberikan. Pemegang policy perlu membayar bill hospital/klinik terlebih dahulu, kemudian, baru kita buat claim ke PruBSN Takaful.
* Weekly Indemnity
Manfaat ini membayar pendapatan mingguan disebabkan pemegang policy cuti sakit (MC disebabkan oleh accident). Akan tetapi tempoh pemulihan akan ditetapkan oleh Doktor yang merawat.
* Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan pendapatan bulanan kepada keluarga sekiranya pemegang policy disahkan meninggal dunia, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
* Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pemegang policy disahkan mengidap sakit kritikal.
* Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan
* Parent Contributor (hanya utk client yang berumur bawah dari 19 tahun sahaja).
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
Konsep PruBSN Protect Plus
PruBSN Protect Plus
Email saya details anda sekiranya ingin mendapatkan contoh plan / quotation. Terima kasih.
Pru Bsn Crisis Cover
PruBSN CrisisCover
Pelan PruBSN CrisisCover merupakan satu plan baru yang dikeluarkan oleh PruBSN Takaful Berhad bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan pelanggan. Secara asasnnya, plan ini memberi perlindungan kewangan (pampasan) kepada pemegang polisi sekiranya beliau meninggal dunia atau disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
Plan ini merupakan plan traditional (plan bertempoh / term plan). Namun ianya mempunyai nilai tunai. Pembahagian keuntungan pelaburan antara pemegang policy dan syarikat PruBSN Takaful Berhad adalah seperti berikut :
Pemegang Policy : 80%
PruBSN Takaful Berhad : 20%
Plan ini memberi pilihan kepada pemegang policy yang sudah mempunyai plan insurance atau takaful lain (life policy, medical dan sebagainya) tapi ingin mendapatkan perlindungan tambahan sekiranya mengidap sakit kritikal. Sebenarnya, manfaat ini sama seperti manfaat rider Crisis Shield atau Crisis Shield Plus (dalam Plan Takafulink). Tapi, plan PruBSN CrisisCover hanya memberi pampasan kepada 3 perkara sahaja seperi yang saya sebutkan di atas.Plan ini boleh didapati dengan caruman serendah RM 20 sebulan. Selain dari manfaat pampasan disebabkan penyakit kritikal, pemegang policy juga boleh attached dengan manfaat tambahan iaitu
- Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan orang yang anda kasihi pendapatan bulanan sekiranya anda kehilangan nyawam disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan (TPD).
- Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
- Parent Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
Kesimpulannya, pada pendapat saya, plan ini adalah sebagai satu plan tambahan sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan perlindungan kewangan disebabkan oleh risiko sakit kritikal, atau sesiapa yang ingin memulakan caruman bulanan dengan jumlah yang rendah disebabkan oleh kemampuan kewangan dan sebagainya.
Selain itu, plan ini juga amat sesuai kepada pemilik2 syarikat yang ingin memberikan perlindungan insurance / takaful sakit kritikal kepada pekerja2 mereka. Ini kerana dengan caruman yang rendah dan mampu milik, tidak menjadi satu bebanan kepada majikan untuk memberikan sedikit manfaat pekerja bagi memastikan pekerja terus setia bekerja dengan majikan.
Sekiranya anda ingin mendapatkan contoh plan, boleh emailkan ke details anda kepada saya.
1. Nama
2. Tarikh Lahir
3. Pekerjaan
4. Status Merokok (Y/N)
5. Jumlah Perlindungan yang ingin diambil.TAKAFUL UMMAH
PruBSN Ummah
Apa yang PruBSN Ummah boleh tawarkan?
1. Manfaat perlindungan asas Takaful
- Pelan ini menyediakan 3 perlindungan asas iaitu apabila berlaku :
- Kematian
- Cacat Kekal
- Penyakit Kritikal
- Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
- PruBSN akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji (Upah orang untuk tunaikan haji).
- Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
- Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
- Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.
- Wariskan harta anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.
- Menjamin waris anda bebas dari hutang piutang walaupun setelah ketiadaan anda.
- Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji,Umrah atau tujuan-tujuan lain.Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.
6. Manfaat-manfaat penyakit kritikal
- Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.Sila rujuk senarai penyakit-penyakit kritikal.
- Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia PruBSN.Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
- Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,tertakluk kepada terma dan syarat.
- Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk Plan ini?
Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:- Umur anda
- Jumlah dan terma perlindungan anda
- Status kesihatan anda
- Jantina anda
- Tahap risiko pekerjaan anda
- Kaedah pembayaran anda
- Kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun
Contoh caruman
Sunday, October 3, 2010
Pru Bsn Takaful Lancar 3 produk terbaru
PruBSN Protect is a term takaful plan that provides a longer protection term until 80 years old compared to a maximum of 65 years old typically found in the current market.
PruBSN ProtectPlus is an enhanced version of PruBSN Protect whereby the sum covered increases by 5% every three certificate-years. This unique feature will help participants of the plan to be protected against inflation.
PruBSN CrisisCover, on the other hand, provides protection against 36 types of critical illness with the option to provide the covered person’s beneficiaries with a monthly income for up to 120 months in the event of the demise of the person covered.
On the launch of these three innovative plans, Mr Azim Mithani, Chief Executive Officer of PruBSN said, "These plans are aimed at allowing our customers to make financial provision for when the unforeseen things in life happens.
“Talking to our customers, we found that there is a strong need for an updated and enhanced form of protection. These plans were designed to meet these needs and reiterate our core strategy of being customer-centric, in terms of products as well as service and overall customer experience. Protection is a key part to financial planning, therefore, we believe no matter who you are and what your profession is, everyone must ensure that they have a protection level that they are satisfied with.
To make it easy for people to acquire protection we automatically accept applications for certain level of coverage. We are delighted to bring PruBSN Protect, Protect Plus and Crisis Cover to the market."
Both PruBSN Protect and ProtectPlus offer many benefits other than the basic coverage against loss of life such as total and permanent disability. They also provide longer term of coverage as compared to other similar plans in the current takaful market. The plan is available for children and adults from age 30 days old until 64 years old. A parent has the option of converting a child’s plan to an adult plan when the child reaches age 19. The monthly contribution for PruBSN Protect starts from as little as RM20 depending on your age when you take out the plan.
To enhance their coverage, participants can opt for supplementary benefits (riders) to protect themselves against accidental mishaps and loss of income via seven riders namely Accidental Death and Disablement, Accidental Medical Reimbursement, Weekly Indemnity, Family Income Benefit, Contributor, Parent Contributor (for the child’s plan) and Spouse Contributor (for the adult plan).
PruBSN CrisisCover is specially designed for those customers who want protection against critical illness.
“The medical costs associated with the treatment of critical illness can be very high. The cost to treat cancer, for example, may range from RM30,000 to RM40,000 depending on the stage of the cancer illness. The fact is, according to the Berita Harian (25 October 2005), one out of four Malaysians are susceptible to cancer. When someone is ill, the last thing he or she should be worried about is the cost of treatment. PruBSN CrisisCover can help you with the cost of treatment so that you only need to focus on getting better,” said Mr. Azim Mithani.
PruBSN CrisisCover offers protection against 36 types of critical illness, loss of life as well as total and permanent disability. Similar to PruBSN Protect, it also offers riders to enhance the coverage. The riders attachable to the plan are Family Income Benefit, Spouse Contributor and Parent Contributor. Contributions start from as little as RM20 per month.
Issued by: Prudential BSN Takaful Berhad
Tuesday, August 31, 2010
Perlindungan Kesihatan Khusus Untuk Wanita
Perlindungan Kesihatan Khusus Untuk Wanita
Sesetengah orang bertanya kepada saya, perlukah adanya perlindungan khusus untuk wanita? Jawapannya ialah PERLU. Kerana wanita sebenarnya mempunyai keperluan hidup yang berbeza daripada keperluan lelaki. Antara keperluan yang serius dan perlu di beri perhatian adalah wanita biasanya hidup
Di Malaysia juga mengikut statistik yang di keluarkan menunjukkan ketika tua, satu pertiga wanita hidup seorang diri samada sebagai bujang, balu atau janda. Menurut fakta dan kajian juga, lebih 80 peratus penghuni rumah jagaan warga emas terdiri daripada wanita yang tidak berkemampuan untuk menyara hidup mereka sendiri kerana tiada simpanan persaraan atau pencen.
Untuk itu Prudential Bsn Takaful telah melancarkan Takaful Puteri bagi memenuhi keperluan dan perlindungan terhadap kesihatan, rawatan perubatan (kad perubatan), perlindungan hilang upaya serta kemalangan dan kematian yang mungkin berlaku atas wanita. Ianya juga bagi memenuhi permintaan atas insurans yang berasaskan Syariah iaitu prinsip TAKAFUL. Takaful Puteri adalah rider atau manfaat tambahan yang ada di dalam pelan lengkap Takafulink. Tujuan utama Takaful Puteri di wujudkan adalah kerana keperluan wanita adalah berbeza dari lelaki di mana ianya memenuhi keperluan unik wanita dari pelbagai lapisan masyarakat seperti Pelan Perlindungan Menyeluruh terhadap penyakit berkaitan wanita, perlindungan penyakit berjangkit, perlindungan terhadap jenayah dan keganasan rumah tangga yang mendatangkan kecederaan yang serius terhadap kaum wanita.
Penyakit Wanita
Kadar kejadian beberapa jenis kanser di kalangan wanita
- Kanser payudara – 31%
- Kanser ovari – 4%
- Kanser uteri serviks – 2%
- Kanser faraj – 1%
- Carcinoma-in-situ – 8/100,000
- (Sumber: American Cancer Society)
Tuesday, August 24, 2010
Gharar, Maisir dan Riba'
Perkara2 asas untuk dipertimbangkan:-
ERTI TAKAFUL
Takaful adalah berasal daripada bahasa arab dari kata dasar perbuatan "kafala" iaitu bererti saling menjamin, menjaga dan memelihara.
Konsep Takaful - peserta saling berjanji membantu antara satu sama lain sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah dan pengamalannya berdasarkan tabarru'(menderma)yang terselamat dari unsur2 gharar dan maisir.
TABARRU'
- Maksud tabarru' ialah pemberian sukarela oleh sebelah pihak tanpa meminta penggantian daripada pihak yang lain.
- Tabarru' dalam Takaful Ikhlas pula ialah setiap peserta Takaful akan memperuntukkan peratusan tertentu kedalam dana tabarru' untuk membantu peseta2 lain ketika ditimpa musibah/bencana dan sebagainya.
Percayalah dengan janji ALLAH:-
* Firman Allah swt :" Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan & takwa dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa & permusuhan" (Surah Al Maidah: 2)
Ketakwaan yang dimaksudkan dalam ayat diatas ialah berusaha menutupi kepayahan yang dihadapi saudara Muslim kita dengan meringankan kesusahan yang ditanggung. (TABARRU')
"BERILAH HADIAH KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"
KENAPA MESTI MEMILIH HANYA TAKAFUL (& bukan yang lain)
BERDASARKAN FATWA JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN 1972
% Tanggal 15 Jun 1972, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelima telah memutuskan INSURANS nyawa sebagaimana dijalankan oleh syarikat2 insuran yang ada pada masa ini adalah satu muamallah fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dari segi akadnya kerana mengandungi unsur2 gharar, maisir dan riba'.
(RUJUKAN : JAKIM)
MAKSUD INSURAN :
INSURANS adalah kontrak pembelian polisi bagi menanggung kerugian (kiranya ada).
MAKSUD TAKAFUL :
TAKAFUL adalah kontrak menderma dan tolong menolong (tidak membeli polisi) kepada satu tabungan lain, bagi membantu sesiapa yang ditimpa musibah.
APA ITU Riba'(faedah)?:
- Riba' didalam insuran berlaku apabila nilai serahan pada tempoh matang disertakan dengan interest (faedah) apatah lagi sumber pendapatan insurer adalah dari perniagaan duniawi & dana kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan(bon & saham) yang konvensional. Elemen riba' juga berlaku jika peserta terpaksa membayar faedah jika ingin mengeluarkan wang(auto premium loan).
Dalil yang mengharamkan riba':
" Sesunguhnya Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba'." (Surah Al Baqarah : 275)
*** p/s : simpanan takaful boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan perlindungan khairat kematian sekiranya memerlukan. Wang yang dikeluarkan juga tidak dikenakan faedah (interest fee) & juga tidak perlu dibayar balik.
APA ITU Maisir (judi)? :
-maisir (judi) boleh berlaku dimana pemegang polisi boleh kehilangan 100% daripada premium yang telah dibayar kepada insurer. contohnya ialah ada polisi yang menyatakan jika penamatan dilakukan sebelum setahun maka nilai serahan adalah zero.
Dalil yang mengharamkan maisir
" Wahai orang yang berIMAN! bahawa sesungguhnya arak & judi & pemujaan berhala & mengundi nasib dengan batang2 anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maidah : 90)
APA ITU Gharar ( ketidakpastian)? :
-gharar (ketidakpastian) - Kontrak insuran konvensional mengandungi unsur gharar kerana jika tidak berlaku sebarang tuntutan, satu pihak iaitu insurer akan mendapat semua premium manakala pemegang polisi tidak mendapat sebarang keuntungan.
Pemegang polisi juga tidak mengetahui dengan jelas samada akan mendapat bayaran yang dijanjikan, tidak mengetahui kadar bayarannya dan tidak mengetahui masanya untuk mendapat tuntutan pembayaran.
- Dalil yang mengharamkan gharar
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w telah melarang daripada terjerumus dalam perniagaan lontaran dan perniagaan yang tidak pasti." ( Riwayat Muslim)
Berdasarkan fatwa itu adalah diharapkan umat Islam dinegara ini akan memikirkan kembali kepentingan hanya memilih Takaful. Oleh yang demikian adalah besar harapan saya untuk melihat muslimin & muslimat sekelian memahami takaful dengan hati yang terbuka & tidak memandang rendah kepada Takaful .. Jika takaful tidak elok masakan banyak syarikat insuran konvensional berusaha keras untuk memiliki lesen takaful.. tepuk dada tanya apa yang kita perlukan..
From Kinrara with Love
♥ ATIKAH & AZALIA ♥
Monday, July 5, 2010
Company saya COVEN UNLIMITED
Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, “Buat apa amik plan medical insurance/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited…” atau ada juga yang bagitau saya, “Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru amik“
Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.
i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?…Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?…Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?…
Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri…
ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?…Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda..”Haaa, masa tu baru le amik medical card..”….jawapan saya “…Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then you amik medical card nie kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang…sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you….masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF….bagaimana hari tua anda?….EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital….Fikirkan lah sendiri..”
KEDUA – Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.
Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai le anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk amik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.
Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital…pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, “Kou tau dari awal ke yang kou akan kena sakit nie?….” atau “Kou memang nak ke, sakit nie terkena kat kou”…cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.
Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya….anda tak perlu amik medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada keboleha untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa aka datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda amik. Fikirkanlah sendiri.
Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini…..kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya….kalau anda dah sakit, agent insurance/takaful dan syarikat insurance boleh cari client yang sihat. tapi, anda tidak boleh cari insurance yang nak cover orang yang dah sakit.
Sekadar berkongsi pengalaman.
Untuk pengetahuan anda semua, saya ada seorang client yang buat claim pembedahan batu karang, kos rawatan cecah Rm 20,000 di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Kemudian dalam pula elaun hospital dan elaun bedah hampir RM 6,000. Dengan caruman Rm 150 sebulan, dia mampu untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, dan tidak terjebak dengan hutang. Sebaliknya, dapat duit elaun lagi.
Sekiranya nak tahu bagaimana plan Prudential BSN Takaful ni boleh bantu anda supaya tak jadi seperti yang dalam berita nie,