Perlindungan Kesihatan Khusus Untuk Wanita
Sesetengah orang bertanya kepada saya, perlukah adanya perlindungan khusus untuk wanita? Jawapannya ialah PERLU. Kerana wanita sebenarnya mempunyai keperluan hidup yang berbeza daripada keperluan lelaki. Antara keperluan yang serius dan perlu di beri perhatian adalah wanita biasanya hidup
Di Malaysia juga mengikut statistik yang di keluarkan menunjukkan ketika tua, satu pertiga wanita hidup seorang diri samada sebagai bujang, balu atau janda. Menurut fakta dan kajian juga, lebih 80 peratus penghuni rumah jagaan warga emas terdiri daripada wanita yang tidak berkemampuan untuk menyara hidup mereka sendiri kerana tiada simpanan persaraan atau pencen.
Untuk itu Prudential Bsn Takaful telah melancarkan Takaful Puteri bagi memenuhi keperluan dan perlindungan terhadap kesihatan, rawatan perubatan (kad perubatan), perlindungan hilang upaya serta kemalangan dan kematian yang mungkin berlaku atas wanita. Ianya juga bagi memenuhi permintaan atas insurans yang berasaskan Syariah iaitu prinsip TAKAFUL. Takaful Puteri adalah rider atau manfaat tambahan yang ada di dalam pelan lengkap Takafulink. Tujuan utama Takaful Puteri di wujudkan adalah kerana keperluan wanita adalah berbeza dari lelaki di mana ianya memenuhi keperluan unik wanita dari pelbagai lapisan masyarakat seperti Pelan Perlindungan Menyeluruh terhadap penyakit berkaitan wanita, perlindungan penyakit berjangkit, perlindungan terhadap jenayah dan keganasan rumah tangga yang mendatangkan kecederaan yang serius terhadap kaum wanita.
Penyakit Wanita
Kadar kejadian beberapa jenis kanser di kalangan wanita
- Kanser payudara – 31%
- Kanser ovari – 4%
- Kanser uteri serviks – 2%
- Kanser faraj – 1%
- Carcinoma-in-situ – 8/100,000
- (Sumber: American Cancer Society)
No comments:
Post a Comment