Untuk tatapan semua:
KERAJAAN MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2009
PERATURAN PERMOHONAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan peraturan permohonan perbelanjaan bagi kemudahan perubatan yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan........................
12. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan yang diperolehi di hospital/ klinik swasta adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut:
(i) mendapat rawatan di hospital/ klinik swasta yang paling hampir dengan tempat kejadian kecemasan kerana tiada hospital/ klinik Kerajaan yang lebih hampir dengan tempat kejadian kecemasan tersebut; dan
(ii) rawatan yang diperolehi merupakan rawatan yang diperlukan secara serta-merta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening); dan
(iii) perakuan keperluan kemudahan perubatan dan pengesahan oleh Pakar Perubatan hospital/ klinik swasta mengenai perkara di perenggan (ii) di atas; dan
(iv) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 2/09 seperti di Lampiran A; dan(v) permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan."
Kalau kita lihat statement di atas, memang orang kerajaan boleh dapatkan rawatan di hospital swasta....tapi, perlu penuhi syarat2 seperti dalam pekeliling terlebih dahulu...
Jadi, apa yang saya ingin tekankan disini adalah...bagaimana MEDICAL CARD personal (yang staff kerajaan carum sendiri)...boleh dijadikan sebagai satu pilihan (alternative)....sekiranya perlu mendapatkan rawatan di Hospital Swasta dengan segera....
Mengenai pekeliling di atas, memang nampak mudah, tapi process sebenar, saya tak rasa ia semudah apa yang dibaca...jadi, tak rugi pun kalau staff gomen ada medical card sendiri. Saya sendiri ramai staff kerajaan yang amik plan takafulink berserta medical card...alasan?...kalau perlukan rawatan di hospital swasta, tak perlu banyak karenah birokrasi dan sebagainya....sebab kita bayar sendiri...
Jadi, kalau masih ada yang beranggapan staff gomen tak perlu langsung medical card, tanggapan itu tak salah, masing2 punya pendapat....dan masing2 punya kepercayaan. Sebabnya, kalau sesuatu musibah menimpa, orang yang ditimpa musibah yang akan menghadapinya....bukan orang lain...
Jadi, fikir2kan lah....kalau bukan sekarang pun, buka minda anda untuk mendalami selok belok pelan medical yang ada di pasaran, untuk kebaikkan anda sekeluarga...
No comments:
Post a Comment