Thursday, May 13, 2010

TAKAFUL HEALTH

Medical Card PruBSN Takaful atau Takaful Health adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.

Antara kelebihan Takaful Health adalah seperti berikut :


Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 80 tahun yang tinggi

Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda

Perlindungan 24 jam diseluruh dunia

Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).

Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
Penjagaan jururawat di rumah

Pembedahan balik hari (Day Surgery)
Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan

Rawatan Dialisis buah pinggang

Rawatan Kanser
Jaminan pembaharuan sehingga umur 80 tahun
Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)

Faedah NCB : No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.
Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan...boleh terus claim ikut had seumur hidup. Jadi, kalau ada claim yang besar2....tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad.
Dan banyak lagii.....hubungi saya sekarang...

Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat Takaful Health (TH)



Penerangan mengenai NCB :

NCB atau No Claim Bonus adalah merupakan salah satu keistimewaan plan Medical Card Takaful Health.
NCB akan diberikan kepada client-client yang tidak membuat tuntutan/claim daripada manfaat medical card (Takaful Health) pada tahun semasa. Sebagai Contoh : Client mengambil plan TH 200. Pada tahun 2009, beliau tidak pernah membuat tuntutan langsung daripada manfaat medical card. Jadi, NCB sebanyak RM 300 (lihat jadual di atas)...akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2010. Pada tahun 2010 pun client masih tak buat sebarang tuntutan, dan client akan mendapat RM 300 NCB (dikreditkan dalam akaun pelaburan client) pada tahun 2011.

Akan tetapi, sekiranya client ada membuat tuntutan pada tahun 2011, client tidak akan menerima sebarang bonus pada tahun berikutnya iaitu pada 2012. Kemudian, pada tahun 2012, client tidak membuat sebarang tuntutan, RM 300 akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2013. dan begitulah seterusnya.
Plan yang amak unik dan istimewa. Medical card Takaful pertama yang menawarkan NCB di Malaysia. Dapatkan maklumat mengenainya sekarang. hubungi saya : 014 8290036 (FAHMI) untuk mendapat maklumat lanjut.
Perhatian :

Manfaat Takaful Health (TH) ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takaful iaitu :



1- Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation & Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.

Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation


(300 <= ko-takaful :10% <=1000)
Contoh 1 :

Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. Oleh kerana minimum Ko-Takaful RM 300, klien perlu bayar RM 300 kepada hospital, manakala PruBSN bayar selebihnya iaitu RM 1,700


Contoh 2 :


Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara 300 hingga 1000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.


Contoh 3 :


Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM1,000 disebabkan had maksimum adalah RM1,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 29,000.


Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas. Untuk maklumat lanjut atau penerangan yang lebih jelas, anda boleh hubungi saya di (fahmi) 014 8290036

2- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.3- Apakah Pengecualiannya?

Pengecualian yang biasa ialah:

1. Kecederaan diri yang disengajakan.
2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
11. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
12. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
13. Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan. Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.

Nota Penting :

Perlindungan bermula serta merta selepas polisi lulus (approved) bagi kemasukkan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas polisi lulus.


Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specified Illness) akan bermula 120 hari selepas polisi lulus. Senarai penyakit tertentu adalah seperti berikut :

1. Hypertensi, Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular

2. Semua jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem biliari.

3. Semua jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak

4. Hernia (angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele

5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan

6. Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut.

Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.

Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perlajanan.

No comments: