Tuesday, May 18, 2010

Kelebihan PRU bsn TAKAFUL

Syarikat Prudential BSN Takaful menggunakan konsep Investment-Link dalam memberi perlindungan yang menyeluruh kepada pesertanya. Setiap sumbangan peserta akan dibahagikan kepada 3 dana iaitu dana derma, dana simpanan dan dana pelaburan. Prudential BSN Takaful akan memotong peratus sumbangan mengikut tahun. Pada tahun-tahun awal, sumbangan banyak diperuntukan untuk dana perlindungan sehingga tahun ke 7, semua sumbangan setelah di tolak charges tertentu akan dimasukkan ke dana simpanan. Ini bermakna dana simpanan peserta akan bertambah untuk tabungan persaraan mereka.

Masalah utama peserta insuran atau Takaful ialah untuk terus menyambung sumbangan sehingga matang akibat masalah luar jangka seperti diberhentikan kerja dan sebagainya, Berbeza dengan konsep insuran / takaful lain, Prudential BSN Takaful yang menggunakan konsep `investment link’, mewujudkan dana pelaburan yang akan membantu peserta yang mengalami masalah tersebut. Melalui dana pelaburan, peserta boleh mengeluarkan wang tersebut bila-bila masa tertakluk kepada baki simpanan yang mencukupi dan minima pengeluaran ialah RM500. Peserta boleh pada bila-bila masa menambah sumbangan di dalam dana pelaburan sama ada secara berkala atau sekali gus. Wang di dalam dana pelaburan akan digunakan untuk membeli unit-unit pelaburan. Nilai unit ini akan berubah mengikut pasaran semasa.

Bermaksud peserta boleh menikmati wang pelaburan mereka tanpa perlu menamatkan polisi takaful mereka yang mengundang risiko yang lebih besar. Dengan kata lain perlindungan yang disediakan oleh Prudential BSN Takaful bukan hanya untuk dinikmati apabila mati (waris) atau selepas sakit atau selepas matang.

Asas perlindungan melalui Prudential BSN Takaful ialah Takafulink yang memberi perlindungan bagi kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal berserta dana pelaburan. Para peserta amat digalakkan menambah manfaat dengan membeli plan tambahan(rider) untuk memaksimumkan perlindungan antaranya ialah:

· Compassionate Benefit
· Accidental Death and Disablement
· Accidental Medical Reimbursement
· Weekly Indemnity
· Medical Cover
· Hospital Benefit
· Disability Provider
· Crisis Cover Plus
· Crisis Cover Income
· Takaful Puteri dan Puteri Plus (bagi penyakit berkaitan wanita)
· Takaful Health bagi perbelanjaan Hospital

Sebagai contoh, jika peserta membeli Takafulink dan menambah rider Takaful Health, Contributor dan Takaful Saver Contributor, peserta telah dilindungi seperti berikut:

1. Jika berlaku kematian, waris peserta mendapat wang pampasan kematian yang dijanjikan beserta wang simpanan dan wang dana pelaburan.
2. Jika peserta disahkan mengidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, peserta akan dibayar pampasan sekali gus wang Crisis Shield yang dijanjikan. Peserta seterusnya tidak perlu lagi membayar caruman, sebaliknya Syarikat Takaful akan membayar setiap bulan bagi perlindunganTakaful Health dan juga terus membayar simpanan pelaburan anda. Prudential BSN Takaful menjanjikan anda bahawa Plan Takaful Health anda akan disambung setiap tahun walaupun anda sedang menjalani rawatan penyakit kritikan dan kerap membuat tuntutan bayaran bil hospital. Jika peserta memerlukan wang tunai tambahan, mereka boleh mengeluarkan wang dana pelaburan yang masih secara berterusan disimpan oleh Syarikat Takaful.

Selain manfaat sekiranya berlaku musibah, Prudential BSN Takaful juga melalui Plan Takaful Health memberi ganjaran tahunan sekiranya anda sihat dan tidak membuat tuntutan pada tahun tersebut, yang dipanggil sebagai NCB (Non Claim Bonus). Wang ganjaran ini akan dikreditkan ke dalam dana pelaburan anda pada tahun berikutnya.

Ini adalah sebahagian contoh plan perlindungan dan manfaat yang akan diperolehi sekiranya anda menjadi peserta Prudential BSN Takaful. Anda perlu mendapatkan khidmat perundingan daripada agen PRUBSN Takaful yang sah

No comments: