Senarai Manfaat Takafulink
Berikut adalah senarai lengkap setiap rider yang terdapat di dalam satu-satu polisi Takafulink dari PruBSN. Sum Covered di bawah adalah manfaat asas yang MESTI disertakan ke dalam polisi. Manakala yang berikutnya adalah rider-rider yang anda boleh pilih mengikut keperluan anda.
Pastikan rider yang anda pilih sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Perlu diingat bahawa setiap polisi dengan rider yang berlainan adalah berbeza dari segi coverage. Wealth Planner anda akan memberi nasihat untuk pilihan rider berdasarkan keutamaan dan keperluan serta bajet anda.
Anda boleh menambah atau mengurangkan mana-mana rider di dalam polisi anda pada bila-bila masa mengikut keperluan semasa anda tanpa perlu mengambil polisi yang baru.
Sum Covered
* Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan dibayar sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
* Manfaat asas yang mesti ada di dalam setiap polisi.
* Sebab kematian terdiri dari kematian biasa atau kemalangan.
* Jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan quotation yang disediakan.
Total Permanent Disability
* Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan dibayar sekali gus.
* Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
* Pemegang polisi akan mendapat Elaun Tahunan sekiranya disertakan bersama di dalam polisi (rujuk Disability Provider di bawah)
Crisis Shield
* Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Penyakit Kritikal, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
* Jumlah pampasan yang dibayar akan ditolak dari jumlah Sum Covered di atas.
* Kos rawatan akan ditanggung oleh medical card.
* Sekiranya berlaku kematian, pampasan ini tidak akan dibayar bersama Sum Covered di atas.
* Selepas didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, atau yang mana lebih terdahulu. Untuk mendapat manfaat ini, perlu disertakan bersama manfaat Contributor Benefit di dalam satu polisi tersebut.
* Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi.
* Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
* Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
* Jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan quotation yang disediakan.
Compassionate Benefit
* Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah.
* Pampasan ini boleh dituntut oleh waris sebaik sahaja pemegang polisi meninggal dunia dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.
Crisis Cover Plus
* Manfaat ini akan membayar pampasan untuk salah satu dari 36 Penyakit Kritikal, sama seperti manfaat Crisis Shield di atas.
* Pampasan yang dibayar tidak ditolak dari manfaat Sum Covered di atas, berbeza dari manfaat Crisis Shield di atas.
* Sekiranya berlaku kematian, pampasan ini akan dibayar bersama pampasan Sum Covered di atas.
Crisis Cover Income
* Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal.
* Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.
* Jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan quotation yang disediakan.
Accidental Death & Disablement
* Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Pampasan ini akan dibayar bersama jumlah Sum Covered di atas.
* Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaiki kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity).
* Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan.
* Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit ini pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan menjadi 100% semula.
* Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan yang boleh dituntut untuk tahun itu.
Accidental Medical Reimbursement
* Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah bil yang telah dibayar dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
* Pampasan yang dibayar adalah berdasarkan had bagi setiap kes dan BUKAN had bagi setiap tahun.
* Jumlah yang dibayar adalah berasingan dan TIDAK melibatkan nilai dari medical card anda.
* Jumlah pampasan yang boleh diambil adalah RM2,000 minimum dan RM10,000 maksimum di dalam satu polisi.
* Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
Weekly Indemnity
* Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'.
* Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara (Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
* 1 Unit manfaat akan membayar RM100 seminggu bagi TTD dan RM50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).
* Jumlah unit yang boleh diambil adalah sehingga 14 unit berdasarkan Kelas Pekerjaan.
* Untuk Kelas Pekerjaan 1 dan 2, unit yang boleh diambil adalah maksimum 14 unit manakala untuk Kelas Pekerjaan 3 dan 4, unit yang boleh diambil adalah maksimum 7 unit.
Disability Provider
* Pampasan ini akan diberikan kepada pemegang polisi apabila didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
* Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
* Jumlah pampasan adalah berdasarkan quotation yang disediakan.
Hospital Benefit
* Manfaat ini akan dibayar mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad.
* Hospital Benefit dikira berdasarkan Unit. 1 Unit bersamaan RM50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = RM400 sehari.
* Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
* Sekiranya anda memasukkan manfaat Medical Cover dalam polisi anda, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Hospital Benefit 5 Unit dan Medical Cover 3 Unit. Jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut mestilah tidak melebihi 8 unit.
* Manfaat dibayar untuk kemasukan sama ada ke hospital swasta atau hospital kerajaan. Sekiranya bil hospital telah ditanggung oleh pihak syarikat tempat anda bekerja, Hospital Benefit ini masih boleh dituntut (claim) tanpa memerlukan resit. Hospital Benefit akan dibayar kepada peserta selepas keluar dari hospital.
* Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
Medical Cover
* Manfaat ini menggabungkan 3 Elaun di dalam satu rider iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
* Elaun Hospital (rujuk Hospital Benefit di atas)
* Elaun ICU - Membayar Elaun Harian selama berada dalam wad ICU. Elaun Harian untuk kemasukan ke ICU akan dibayar sekali ganda.
* Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan pembedahan tersebut (Severity Level)
* Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
* Setiap quotation yang dibuat akan ditunjukkan dalam bentuk unit. 1 Unit mewakili RM50 sehari (Elaun Hospital), RM100 sehari (Elaun ICU) & RM2,500 maksimum bagi setiap procedure pembedahan (Elaun Bedah)
* Elaun Bedah akan di bayar berdasarkan kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM125
Level 2 : RM250
Level 3 : RM500
Level 4 : RM750
Level 5 : RM1,250
Level 6 : RM1,875
Level 7 : RM2,500
* Contoh di atas adalah berdasarkan 1 unit. Jumlah unit maksimum yang boleh diambil ialah 8 unit. Sekiranya dimasukkan bersama Hospital Benefit, jumlah keseluruhannya mestilah 8 unit seperti penerangan di Hospital Benefit di atas.
* Elaun Bedah maksimum adalah sehingga RM12,500 bagi setiap procedure pembedahan dengan 8 unit yang diambil.
Major Medical Cover
* Menyediakan dana untuk rawatan perubatan sehingga nilai RM1.5 juta.
* Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN seluruh Malaysia. Anda tidak perlu menggunakan duit sendiri dulu untuk menanggung kos-kos perubatan anda.
* Sila rujuk di Medical Card.
Takaful Puteri
* Sebagai rider tambahan untuk pelan Takafulink.
* Sesuai untuk kaum wanita muda yang merancang untuk mendirikan rumahtangga atau melahirkan anak.
* Terdiri dari dua pelan:
* Takaful Puteri
* Takaful Puteri Plus
* Sila rujuk di Takaful Puteri
Takaful Cerdik
* Manfaat yang sama seperti di Takafulink dengan sedikit perbezaan.
* IBU atau BAPA hanya boleh ambil untuk anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun sahaja.
* Untuk manfaat Weekly Indemnity dan Crisis Cover Income tidak boleh dimasukkan.
* Perlindungan hanya sehingga umur anak 25 tahun sahaja.
Takaful Saver
* Takaful Saver adalah satu rider tambahan untuk membolehkan peserta menambah sumbangan tetap bagi tujuan pelaburan, yang mana sumbangan akan digunakan untuk membeli unit-unit amanah.
* 95% dari caruman di Takaful Saver akan digunakan untuk membeli unit-unit amanah berkualiti tinggi.
Contributor Benefit
* Manfaat ini akan menyambung simpanan pemegang polisi secara automatik sekiranya peserta disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal. Atau dengan maksud lain, caruman peserta akan diganti bayar semula oleh PruBSN. Peserta tidak lagi perlu membayar.
* Jumlah manfaat yang akan dibayar adalah berdasarkan jumlah caruman tahunan peserta. (Jumlah bulanan didarabkan dengan 12 bulan)
* Manfaat lain yang berkaitan adalah :
* Parent Contributor
Sekiranya IBU atau BAPA sebagai Parent peserta meninggal dunia sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu peserta membayar sumbangan kepada pelan Takaful untuk caruman seterusnya.
Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 25 tahun. Manfaat ini hanya boleh diambil oleh Parent untuk anak-anak di bawah umur 18 tahun sahaja.
* Spouse Contributor
Membayar sumbangan tetap Takaful untuk caruman seterusnya sekiranya pasangan pemegang polisi menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal atau meninggal dunia. Caruman akan digantikan oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi 80 tahun.
* Takaful Saver Contributor
Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya peserta menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal.
* Takaful Saver Parent Contributor
Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya IBU atau BAPA sebagai Parent menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal atau meninggal dunia.
* Takaful Saver Spouse Contributor
Membayar sumbangan tetap Takaful Saver untuk caruman seterusnya sekiranya pasangan pemegang polisi menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal atau meninggal dunia.
Pulangan Pelaburan
* Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa walau atas apa tujuan apa sekali pun dengan syarat meninggalkan baki nilai tunai sebanyak RM4,000.
* Anggaran pulangan pelaburan 2% hingga 9% setahun. Anggaran peratus tersebut adalah syarat dari BNM yang boleh ditunjukkan di dalam ilustrasi quotation. Walau bagaimana pun ianya bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang dipilih.
* Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.
Pelepasan Cukai
* Melayakkan anda menerima pelepasan cukai insurans hayat
bersama EPF sehingga RM6,000.
* Bagi Takaful Cerdik, ianya melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan sehingga RM3,000.
No comments:
Post a Comment